75 peratus bau badan daripada lelaki?
9:11 AM
Adakah anda mengetahui bahawa wanita mempunyai 75 peratus lebih banyak kelenjar keringat/peluh, yang menghasilkan bau badan daripada lelaki?
Ini kerana kaum perempuan mempunyai luas permukaan kulit yang lebih besar. Mereka perlu mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak untuk merembeskan wap air.
Namun, ini tidak bermakna mereka lebih berbau dari golongan lelaki. Bagi lelaki pula walaupun kelenjar peluh mereka tidak sebanyak perempuan tetapi kelenjar peluh lelaki jauh lebih aktif daripada wanita.
Struktur kulit manusiaStruktur kulit manusia
Menurut satu kajian dijalankan satu badan sukan di Amerika Syarikat, National Strength and Conditioning Association, yang diterbitkan dalam Journal of Strength & Conditioning Research mengatakan bahawa kadar peluh yang dihasilkan lelaki melebihi kadar peluh wanita semasa mereka mengambil bahagian dalam latihan sukan.
Dalam kajian itu, mereka mendapati walaupun kedua lelaki dan wanita minum sejumlah air dalam kuantiti sama sebaliknya, kadar peluh wanita hanya 0.57 liter sejam dibandingkan dengan kadar peluh lelaki iaitu 1.12 liter sejam.
Berdasarkan kadar peluh yang dihasilkan secara berlebihan, memetik laporan satu program bual bicara terkenal ‘The Doctors’ yang disiarkan di Amerika Syarikat, Dr Ordon menyatakan akibat dari kesan itu, ia secara tidak langsung akan mendatangkan bau tidak enak kepada orang sekeliling.
“Kita semua berpeluh dan ini secara tidak langsung menunjukkan kewujudan bakteria dalam badan menjadi penyumbang kepada badan berbau” katanya.
Tambahnya, penggunaan atiperspiran dan deodoran sangat penting dalam menjaga bau badan.

0 comments