Badan Wanita Berbau Apabila . .

9:15 AM


Badan Wanita Berbau Apabila Menjangkau Usia Menopause
Memetik laporan artikel dalam majalah kesihatan ‘A.Vogel’, wanita yang usianya mencapai tahap menopause, mereka akan mengalami fasa dimana sering berpeluh pada waktu malam dan membuatkan badan berbau.

Menopause adalah tahap kesuburan wanita berhenti kerana proses reproduksi tidak mampu menghasilkan telur ovari. Ia biasanya akan dialami wanita yang berusia 40-an ataupun seawal 50-an.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Malaysian Digest juga menghubungi bahagian pemasaran produk deodran jenama Total Image baru baru ini, Caryn menyatakan golongan wanita mempunyai kelenjar peluh yang banyak daripada lelaki.

“Kami turut menghasilkan khusus untuk mereka yang mempunyai bay badan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling,” katanya.

Jelasnya, kadar peluh yang banyak secara tidak langsung menjadi sumber makanan kepada bakteria yang berada pada badan dan membawa kepada bau badan yang ketara.

Oleh yang demikian, mereka mengalami masalah ini tidak kira wanita ataupun lelaki seharusnya mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk memastikan kesihatan tubuh badan yang baik.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook