Pesanan Bagi Mereka Yang Kuat Berpeluh
9:16 AM
Pesanan Bagi Mereka Yang Kuat Berpeluh
Dr Zubaidi memgesyorkan cara terbaik adalah melakukan pemeriksaan doktor bertujuan menyakinkan individu sebegini samada berpeluh secara berlebihan tidak membawa kepada masalah yang menyumbang kepada faktor penyakit berbahaya.Dr. Zubaidi Hj AhmadDr. Zubaidi Hj Ahmad
Tambahnya, mereka boleh menggunakan semburan antiperspirant dan pastikan menyemak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya setakat deodoran semata-mata.
“Deodoran hanya akan mengelakkan dari badan berbau sahaja terutamanya di bahagian ketiak tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar memakai pakaian yang mudah menyerap peluh seperti pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang selalunya menyerap kelembapan dengan lebih baik.
Malah, sebagai cadangan adalah lebih baik menggunakan pakaian sedikit longgar agar dapat menggalakkan peredaran udara dan mempercepatkan peluh menjadi kering.
Katanya, penggemar minuman berkafein dan makanan berempah juga menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.
Elakkan mengambil makanan tang mempunyai bawang putih, daging, rempah, kafein dan kacang.
Wanita Berpeluh: Pemilihan Jenis Bra Memainkan Peranaan Penting
Bagi wanita yang mengalami masalah ini, jenis pemilihan bra dan tuala wanita haruslah fabrik yang mudah menyerap kelembapan terutama dibahagian alat sulit dan kelengkang wanita.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak kerap memakai topi, ini kerana dengan memakai topi, haba dalam badan dilepaskan melalui kepala dan jika ini berlaku badan tidak akan dapat melepaskan haba dengan sempurna dan boleh menyebabkan berpeluh secara berlebihan.

0 comments